Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Mula2 skali, aku br perasan banyak post2 aku di bawah ini yang berakhir dengan ayat "Bersambung...", setelah aku menganalisa diri aku melalui pengalaman dan kata2 perangsang dari member semua, aku mendapati post2 tersebut akan kekal dengan tagline nye "Bersambung..." untuk tidak menjadi hipokrit ataupun egois (bahasa ibunda kesayangan aku), post2 tersebut kebarangkalian besarnya tidak akan bersambung. Mesti anda tidak kecewa dengan berita tersebut dan saya pun tidak peduli sama ada kalian bersedih atau tidak, dalam bahasa bos aku kat jepun ni "ma,i,ka " = i will end without care.
Itu kata2 dia, tapi aku tak yakin sangat dengan mereka ini. Lihat sahaja video prank mereka di Jepun ini. Tapi setakat ini aku tidak pernah lagi melihat mereka membuat perangai2 pelik di sini. Kalau ada pun, setakat ini aku dapat mengesan seorang sahaja, dan pangkatnya agak besar, bos production di sini, sudah berusia namun sihat dan kuat. Pernah dia buat aksi lagaknya seperti seorang ultraman yang ingin terbang. Bos jepun aku (Ken Funato, maksud nama dia adalah door sheep/door ship tak dapat cam sebutan Englishnya) berjenaka yang Kitazawa-san ini adalah bos di sini, di mana part time keje dia adalah komedian.
Kembali kepada tajuk di atas, baru2 ini aku kene penyakit ini juga. Tak tau ni kategori penyakit atau simptom. Penyakit ini semakin menguatkan empayarnya di kulit aku setelah hampir sebulan aku di negara matahari terbit ini. Memang susah nak tau penyakit apa ni. Benarlah kata penceramah di FMM Ipoh (Federation of Malaysian Manufacturer, pernah sekali company hantar aku course kat sana) , mengetahui apa masalah anda adalah separuh daripada jalan penyelesaian.
Mula2, aku fikirkan yang penyakit ini adalah biasa2 sahaja. Biasalah gatal2 sikit, tak akan itu pun nak cari ubat, manja sangat le tu. Bajet comel. Memandangkan aku ni bukanlah mengamalkan gaya hidup sihat dengan selalu bersenam ataupun mengamalkan gaya hidup pembersih, aku tidak mengharapkan yang aku ini sihat dalam keadaan yang bagus. Setakat ni pun aku dah bersyukur aku takde masalah kronik dengan jarang bersenamnya. Jangan jadi aku, go have a life dude.
Penyakit ini punya gambar boleh di'google' sendiri dengan keyword yang anda suka. Sebagai contoh, saya 'google' dengan keyword "dry itchy skin". Pastikan engine carian google anda adalah moderate dan jangan "SafeSearch Off". Takut2 terkeluar penyakit 'gatal' anda yang satu lagi. Ini adalah contoh gambar penyakit kulit yang teruk, ini bukan gambar saya, peringatan, saya tidaklah sehuduh yang anda sangkakan.
Ouch! Melihat gambar ini sahaja membuatkan saya tergaru2 sendirian.
Sebagai memudahkan anda mengenal pasti penyakit kegatalan anda adalah sama sperti kes saya, berikut adalah soalan yang harus dijawab dengan jujur. Soalan ini pernah dikeluarkan dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1925.
1. Saya tak pernah segatal ini.
2. Penyakit gatal ini selalunya menjadi-jadi waktu sejuk atau waktu sangat panas. Eeii..menyampah tul i..
3. Tidur saya terganggu dengan kegatalan ini. Adakah ini balasan dosa saya masa lampau...
4. Ehh, saya boleh lukis tatu kat kulit saya degan kuku saja. Gorjes.
5. Bintik2 merah di kawasan liang roma.
6. Makin gatal selepas mandi.
7.Masa menggaru kulit adalah lebih daripada masa mengorek hidung.
8. Saya sapu balm panas, xde efek pun.
9. Saya cuci dengan sabun Antabax dah, kata boleh hapus 99.99% kuman. Tak elok pun. Iklan penipu. Pergi jahanam kerajaan penipu.
10. Mungkin kegatalan ini akan elok kalau saya mandi dengan air panas. Daging selalu orang masak untuk bunuh kuman.
11. Nak sangat garu, amek kau, Garu puas2 sampai luka.
12. Ada bintik2 air macam chicken pox mini di kawasan yang anda garu kaw2 tu. Padan muka.
13. Sudah tiba masa untuk saya berubah, saya takut dijangkiti siphilis.
14. Berpindah atau berada di negara baru.
Anda sudah cuba bermacam2, bermula dari tanya kawan2, telefon mak anda di kampung, dan sudah menggunakan enjin carian gugel untuk mengenal pasti masalah anda, namun anda masih tidak pasti mengapa.
Soalan PTD di atas ini awak sudah jawab dengan jujur dan macam sama kes dengan saya. Bagaimana saya tahu? Adakan saya ini Fadhilah Kamsah? Ha.. Makanya saya akan terangkan apa punca sakit gatal ini.
Sebelum ini saya pernah jadi juga gatal2 macam ini waktu pergi umrah bersama dengan keluarga. Namun waktu itu hanya 2 minggu sahaja dan masih jarang guna internet untk cari puncanya. Dipendekkan cerita, paling teruk kegatalan itu menghantui saya adalah saya tidak boleh tidur dan terbangun pada jam 3 pagi waktu Jepun, pergi mandi air panas, dan tetap tidak boleh tidur, akhirnya melayan fb dan youtube sampai jam 10 pagi di hari Sabtu. Alhamdulilah jadi time hari cuti.
Selepas kecewa dengan penyakit ini dan keazaman mencari kebenaran dan penyelesaian, saya terus menyelusuri lorong-lorong data internet yang berliku dan berbaur lucah ini.
Hasil bacaan saya, saya simpulkan penyakit saya ini adalah berpunca dari kekeringan kulit. Kulit adalah anugerah Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemurah. Ia adalah lapisan pertama pertahanan badan anda dari bakteria-bakteria jahat yang selalu digambarkan oleh media massa berbentuk seperti durian berwarna gelap kehitaman. Mekanismen pertahanan kulit adalah dengan membuat satu lapisan minyak dari sereblum (ejaan mungkin salah) ataupun liang roma anda. Kulit epidermis adalah 90% terdiri daripada cecair (ayat belakang lotion Vaseline) dan akan memerangkap dan membunuh bakteria. Kulit anda adalah sedikit berasid (pH 5.5). Sebaik sahaja anda mandi bersabun, kulit yang baik akan mengeluarkan sedikit peluh untuk kembali kepada setting nominal itu. Keadaan kulit yang kering akan menyebabkan kerekahan dan fungsi perpeluhan itu gagal. Maka signal gatal akan dihantar oleh otak bijak anda sebagai satu amaran untuk bertindak. Signal gatal dan signal sakit adalah berbeza. Kajian ini pernah dilakukan oleh Dermatologist terhadap tikus makmal.
Ironi sekali, tindakan anda mensabunkan bahagian kulit anda, mandi dengan mandian panas, meningkatkan frekuensi mandi, mendedahkan kulit anda kepada udara luar yang kering akan menerukkan lagi keadaan itu. Setakat ini saya kurang faham bagaimana tindakan mandi panas dan meningkatkan kekerapan mandi menerukkan lagi keadaan, mungkin dengan aktiviti menyabun agaknya. Semua tindakan yang disebut tadi akan menghilangkan lapisan minyak kulit anda.
Bagaimana cara mengubatinya? Cara cepat adalah pergi ke farmasi dan tanya terus kepada jurujual tersebut. In case anda bodoh dan tidak tahu bahasa jurujual, google translate dulu dan tulis atas kertas. Pastikan anda praktis berkali2 dengan mengulang bahasa terjemahan itu dengan menekan butang berbentuk speaker di google translate itu. Dan kalau terkeluar tulisan yang tak mampu anda terjemahkan dalam benak anda, tekan butang phonetic language itu dan tulis ler di atas kertas. Mungkin ada cara lagi modern, tapi dalam case saya, saya pakai kertas sahaja. "Kansō hifu no kayu-mi no kyūsai-saku" da amek kau. Ulang2 lagi perkataan itu sehingga ia mesra dalam ingatan. Sebutkan dengan bergaya di hadapan amoi jurujual itu seolah2 anda seorang bangsawan Jepun. Dalam kes saya, dia gagal faham. Damn you. Dattenbayou! Tapi dia amik jugak kertas saya itu dan tunjuk bahagian ubatan.
Anda bebas dan bisa membuat pilihan apa dan kapan anda mau. Misalkan anda memilih steroid. Ia mahal sedikit tetapi mujarab insya allah. Jangan gunakan ia lama bangat ya. Paling lama anda mau guna pun, saya nasyihatkan anda jangan melebihi 2 minggu. Ia mempunyai kesan sampingan dengan menipiskan kulit anda dan bisa menjebakkan anda kepada penyakit baru. Waduh2! Panjang bangat pnjelasan guwer ini. Matapun makin ngantuk. Rasanya mau bobo aja di lappy ini. tapi kentalkan semangat ya. Guwe mau berjasa kepada kalian sih.
Tapi aku ni perantau je di negara ini. Merasai perasaan pati atau umpama pekerja indonesia atau bangladesh di malaysia. I love you all. Duit pun sikit je. Termangu2 la aku cari lotion kat sini. Dahla banyak ubat sini, semua tulis jepun. Hontonni aishiteru betul. Alhamdulilah, terjumpa satu lotion murahan yang telah mengubah sedikit kegatalan aku beberapa menjak ini. Jeng 3x..
Ahh. Aku da fedap naip. Kalau betul nak tau emel aku atau komen je le kat sini. Apply lepas mandi. Jangan lap kering sangat badan. Perap2 je towel kat badan. Sementara kulit masih lembap tu, buh krim ni atau lotion mahal anda tu. Anda akan berasa jambu dan sweet2 masa apply lotion tu kat depan cermin sambil tgk banda tough anda. Kawaii.. Banyak lagi jenama dan method utk kurangkan kekeringan kulit ni. Tapi jangan ingat minum air banyak atau apply Ro water kat kulit tu dah cukup.
Sekian. Harap dapat beramal dengan ilmu ni. Itupun kalau gugel berjaya bg link ni kat korg. Wasalam.


